Menurut pendapat World Health Organization (WHO) dan Hoyman (1962), kesihatan dapat ditakrifkan sebagai sihat dalam aspek fizikal, mental dan sosial yang membolehkan individu hidup dengan sempurna dan produktif. Kecergasan pula ditakrifkan sebagai kemampuan individu melakukan aktiviti harian tanpa berasa letih serta mampu melakukan aktiviti yang lebih mencabar dalam suatu keadaan mental dan fizikal menurut Dr. Wildor Hollman (1991) dan Clarke (1976).
jogging |
Aerobik |
Mendaki Bukit Besar |
naik turun tangga |
Berdasarkan data yang direkod, BMI saya ialah normal iaitu 22.5 pada ujian post dengan ketinggian 160 cm dan 57.6 kg yang telah meningkat daripada pra ujian iaitu 21.33 kerana penambahan berat sebanyak 3 kg dari 54.6 kg dengan ketinggian yang sama. Hal ini kerana saya lebih kerap makan berbanding sewaktu di rumah kerana aktiviti di IPG lebih memenatkan. Bagi ujian bleep, saya berjaya menunjukkan peningkatan dari 2.5 ke 3.1 hasil daripada aktiviti daya tahan kardiovaskular yang dilakukan seterusnya bagi ujian naik turun bangku, kadar nadi saya meningkat dari 80 ke 100 seminit kerana sebelum melakukan ujian, saya lebih tertumpu pada pelajaran. Bagi ujian ringkuk tubi separa, saya dapat meningkatkan skor dari 12 ke 25 dengan bantuan kiraan metronome yang standard kerana pada pra ujian, kiraan dilakukan secara tidak seragam dan bagi tekan tubi, berlaku penurunan dari 40 ke 33 kerana praktis yang berkurang.
Tekan Tubi |
Jangkauan Melunjur |
Ukur BMI |
Ringkuk Tubi Separa |
Naik turun bangku |
Setelah mempelajari subjek ini, saya berharap untuk mengekalkan rutin
senaman dan menambah beban pada masa hadapan untuk mengekalkan kecergasan.
Misalnya, saya perlu meningkatkan latihan daya tahan otot untuk memperbaiki
skor tekan tubi. Kesimpulannya, melalui subjek ini, saya lebih peka terhadap
kesihatan dan kecergasan diri.
Nor Liyana Najwa Binti Johanuddin
PPISMP JUN 2019 Semester 1 Tahun 1
Unit Tesl 2
IPG Kampus Dato' Razali Ismail
21030 Kuala Nerus Terengganu
Nor Liyana Najwa Binti Johanuddin
PPISMP JUN 2019 Semester 1 Tahun 1
Unit Tesl 2
IPG Kampus Dato' Razali Ismail
21030 Kuala Nerus Terengganu
RUJUKAN
Azmi Sarriff (2012). Kemahiran Klinikal Untuk
Pelajar-pelajar Farmasi ke Arah Praktis Penjagaan Farmaseutikal. Penerbit
Universiti Sains Malaysia (Universiti Sains Malaysia Press), 11800, Pulau
Pinang, Malaysia.
Haji Gapor Ahmad (2007). Kejurulatihan dan Sains
Sukan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Penulis Mayo Clinic (18 September 2019). Senaman
untuk Kesihatan Jantung. Laman Web Rasmi Hospital Queen Elizabeth II.