Tuesday, September 17, 2019

Penulisan Refleksi GKK 1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan.

Refleksi GKK 1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan:

Menurut pendapat World Health Organization (WHO) dan Hoyman (1962), kesihatan dapat ditakrifkan sebagai sihat dalam aspek fizikal, mental dan sosial yang membolehkan individu hidup dengan sempurna dan produktif. Kecergasan pula ditakrifkan sebagai kemampuan individu melakukan aktiviti harian tanpa berasa letih serta mampu melakukan aktiviti yang lebih mencabar dalam suatu keadaan mental dan fizikal menurut Dr. Wildor Hollman (1991) dan Clarke (1976).

Image result for jogging
jogging
Sebelum menuntut di IPG, saya banyak melakukan aktiviti sedantari seperti tidur dan menonton televisyen. Pada waktu itu, saya mudah berasa letih dan pasif namun setelah mempelajari subjek GKK 1043, saya banyak melakukan aktiviti sukan yang pelbagai misalnya bermain bola tampar dan bola jaring. Antara senaman yang saya lakukan untuk meningkatkan kecergasan ialah naik turun tangga, berjalan, berjogging setiap hari bagi meningkatkan daya tahan kardiovaskular manakala 2 kali seminggu diisi dengan aktiviti lompat tali, aerobik dan mendaki. Dalam masa sekali seminggu pula, saya telah melakukan aktiviti regangan seperti kilas pinggang, yoga untuk menambah kelenturan manakala  bangkit tubi dan tekan tubi untuk meningkatkan daya tahan otot.
Image result for aerobic
Aerobik

Mendaki Bukit Besar
Image result for climbing stairs
naik turun tangga











Berdasarkan data yang direkod, BMI saya ialah normal iaitu 22.5 pada ujian post dengan ketinggian 160 cm dan 57.6 kg yang telah meningkat daripada pra ujian iaitu 21.33 kerana penambahan berat sebanyak 3 kg dari 54.6 kg dengan ketinggian yang sama. Hal ini kerana saya lebih kerap makan berbanding sewaktu di rumah kerana aktiviti di IPG lebih memenatkan. Bagi ujian bleep, saya berjaya menunjukkan peningkatan dari 2.5 ke 3.1 hasil daripada aktiviti daya tahan kardiovaskular yang dilakukan seterusnya bagi ujian naik turun bangku, kadar nadi saya meningkat dari 80 ke 100 seminit kerana sebelum melakukan ujian, saya lebih tertumpu pada pelajaran. Bagi ujian ringkuk tubi separa, saya dapat meningkatkan skor dari 12 ke 25 dengan bantuan kiraan metronome yang standard kerana pada pra ujian, kiraan dilakukan secara tidak seragam dan bagi tekan tubi, berlaku penurunan dari 40 ke 33 kerana praktis yang berkurang.


Tekan Tubi
Jangkauan Melunjur

Ukur BMI
Ringkuk Tubi Separa
Naik turun bangku


Image result for question student

Selepas melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular seperti jogging, berlari dan berjalan pantas dengan kerap, saya tidak mudah berasa penat dan lebih bertenaga. Bagi aktiviti daya tahan otot seperti ringkuk tubi separa dan tekan tubi, saya dapat dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih baik dalam jangka masa panjang seperti mengangkat barang berat seterusnya untuk aktiviti kelenteuran saya dapat mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja.
Setelah mempelajari subjek ini, saya berharap untuk mengekalkan rutin senaman dan menambah beban pada masa hadapan untuk mengekalkan kecergasan. Misalnya, saya perlu meningkatkan latihan daya tahan otot untuk memperbaiki skor tekan tubi. Kesimpulannya, melalui subjek ini, saya lebih peka terhadap kesihatan dan kecergasan diri.



Nor Liyana Najwa Binti Johanuddin
PPISMP JUN 2019 Semester 1 Tahun 1
Unit Tesl 2
IPG Kampus Dato' Razali Ismail
21030 Kuala Nerus Terengganu


RUJUKAN
Azmi Sarriff (2012). Kemahiran Klinikal Untuk Pelajar-pelajar Farmasi ke Arah Praktis Penjagaan Farmaseutikal. Penerbit Universiti Sains Malaysia (Universiti Sains Malaysia Press), 11800, Pulau Pinang, Malaysia.
Haji Gapor Ahmad (2007). Kejurulatihan dan Sains Sukan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Penulis Mayo Clinic (18 September 2019). Senaman untuk Kesihatan Jantung. Laman Web Rasmi Hospital Queen Elizabeth II. 

Friday, July 5, 2019

Memory lane

I don't expect that it will come to this level 🤦but I am grateful 🙏 for everything.

Poem : Love Sparks
Author: Annaliy

You who had come unexpectedly
Had enlighten my day brightly
To you that I should love effortlessly
Please remain there loyally

Cause I need you
and I need you
desperately

You were born on a sunny morning
Enlightening every life on this Earth
Your presence is life-long awaited
Your smile is the sweetest honey
Your touch is the softest of all

Caress me with your small finger
I'm all yours to hold
Your life is all matters
Now come to me
Your mother who had fought fiercely
I'll love you till the end.

...........

To you someone whom I had not seen
To you someone whom I had never held
I missed you dearly
May you rest peacefully

Now it's time for you to go
I will fight endlessly
Just like what you did
I'll be as bravely
To love you eternally

Goodbye mother
Our love sparks even before we knew each other.

random piece at night.